199 mangsa banjir, kebakaran ditempatkan di empat PPS

Anggota Pertahanan Awam (APM) mendaftarkan mangsa banjir dari Kampung Sri Gambut ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, pada Rabu.
Anggota Pertahanan Awam (APM) mendaftarkan mangsa banjir dari Kampung Sri Gambut ke PPS di SK Melayu Raya, Pontian, pada Rabu.
A
A
A

PONTIAN - Seramai 199 mangsa banjir dan kebakaran melibatkan 33 keluarga di daerah ini dan Mersing ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) sejak Rabu.

Pegawai Daerah Pontian, Mohd Rafi Abdullah berkata, setakat jam 8 pagi Khamis, seramai 168 mangsa banjir melibatkan 31 keluarga di daerah ini ditempatkan tiga PPS.

"Seramai 19 mangsa banjir dari Kampung Sri Segambut melibatkan empat keluarga ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya dan 117 mangsa banjir (20 keluarga) dari Kampung Jasa Sepakat ditempatkan di SK Sri Bunian.

"Seramai 31 mangsa banjir (dua keluarga) dari Kampung Bukit Panjang ditempatkan di SK Seri Bukit Panjang," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Selain itu katanya, seramai 31 mangsa kebakaran (dua keluarga) dari Kampung Gajah Mati ditempatkan di Kompleks Penghulu Mukim Jemaluang, Mersing.

Katanya, semua mangsa banjir kilat tersebut dipindahkan ke PPS itu susulan hujan lebat selama beberapa jam pada 5.30 pagi Rabu menyebabkan rumah mereka dinaiki banjir kilat.

Tambahnya, mangsa kebakaran pula di tempatkan PPS itu selepas dua buah rumah terbakar pada jam 6.30 petang Rabu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!