Jalan Jelatek dilanda banjir kilat
KUALA LUMPUR - Hujan lebat melanda ibu negara petang ini mengakibatkan berlaku banjir kilat di Jalan Jelatek berhadapan Stesen LRT Setiawangsa di sini.
Air yang naik mengakibatkan laluan trafik menghala ke Jalan Ampang terjejas.
Berdasarkan gambar tular dikongsi di media sosial, terdapat kenderaan yang terkandas dalam banjir kilat berkenaan.
Banjir tersebut juga berlaku berhampiran sebuah projek lebuh raya yang sedang giat dilaksanakan sepanjang laluan berkenaan.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!