Dua kemalangan jalan raya sebabkan lebuh raya PLUS sesak
KUALA LUMPUR - Kemalangan melibatkan sebuah kereta dan lori di laluan Pagoh-Yong Peng di KM115.9 Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) telah mengakibatkan kesesakan trafik sejauh 3.3 kilometer arah selatan lebuh raya itu pada pagi Khamis.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di laman Twitter melaporkan, terdapat juga kemalangan di laluan Tapah-Gopeng di KM308.5 arah utara menyebabkan lorong kanan terhalang.
"Kemalangan tersebut (laluan Tapah-Gopeng) menyebabkan kesesakan berlaku sepanjang 2.8 kilometer arah utara," demikian menurut laporan tersebut.
Aliran trafik di lebuh raya utama yang lain termasuk di sekitar Lembah Klang dilaporkan bergerak lancar dan terkawal pada hari keempat sambutan Aidilfitri, pada Khamis.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!