Aliran trafik dijangka meningkat Jumaat hingga Ahad

Aliran trafik dijangka mencatatkan peningkatan bermula Jumaat hingga Ahad ini susulan orang ramai yang mula pulang dari kampung. - Gambar hiasan
Aliran trafik dijangka mencatatkan peningkatan bermula Jumaat hingga Ahad ini susulan orang ramai yang mula pulang dari kampung. - Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Aliran trafik dijangka mencatatkan peningkatan bermula Jumaat hingga Ahad ini susulan orang ramai yang mula pulang dari kampung.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr Bakri Zainal Abidin berkata, aliran trafik pada 3 Mei dan 4 Mei mencatatkan peningkatan sebanyak 2.65 peratus atau 92,805 kenderaan di 31 sektor lebuh raya.

Menurutnya, sebanyak 3,506,617 kenderaan dicatatkan pada 3 Mei dan didapati meningkat pada 4 Mei iaitu sebanyak 3,599,422 kenderaan.

"Jumlah ini tidak setinggi pada angka yang dicatatkan pada 1 Mei dan 2 Mei lalu apabila sebanyak 4,171,193 kenderaan dicatatkan pada 1 Mei dan 3,987,255 kenderaan pada 2 Mei.

"Kita jangkakan pada Jumaat ini hingga Ahad akan berlaku peningkatan aliran trafik yang ketara," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, semua anggota dan pegawai yang bertugas akan diletakkan dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi keadaan aliran trafik yang tinggi.

"Persiapan dan kesiapsiagaan telah dijalankan menerusi Op Lancar.

"Koordinasi dalam melancarkan aliran trafik ini kelak akan dilaksanakan bersama trafik negeri serta daerah," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!