PM jemput ke Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera Sabtu ini
KUALA LUMPUR- Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjemput orang ramai menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Bera pada Sabtu ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau memaklumkan majlis itu akan diadakan di Laman Kerayong, Bera dari 9 pagi hingga 2 petang.
"Bawa sekali anak-anak, keluarga dan rakan taulan. Kita beraya bersama-sama sebagai sebuah Keluarga Malaysia,” katanya.
Pada Selasa lepas, Perdana Menteri menjemput seluruh Keluarga Malaysia menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri di Laman Sari, Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Ahad ini yang bermula dari 10 pagi hingga 4 petang. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!