Kereta api ‘Keluarga Malaysia’

Foto hiasan
Foto hiasan
A
A
A

MEMANDANGKAN kos kehidupan yang semakin tinggi akibat peningkatan harga barangan maka banyak perbelanjaan terpaksa dicatu demi kelangsungan hidup.

Sebagai pekerja yang makan gaji, catuan bukan sahaja membabitkan pakaian dan ‘top up’ telefon malah ada kalanya terpaksa berkira-kira untuk makan tiga kali sehari.

Sebelum menyambut hari raya atas dasar ingin berjimat dan memikirkan ‘survival’ selepas raya penulis mengambil keputusan menaiki pengangkutan awam iaitu kereta api untuk balik berhari raya di kampung.

Tanpa menggunakan ‘Myvi’, dapatlah berjimat dari segi minyak petrol dan yang penting tidak payah fikir duit tol yang diskaunnya hanya untuk tempoh tertentu.

Dengan menaiki tren elektrik iaitu ‘ETS’, perantau tidak perlu memandu berjam-jam di lebuh raya dan menunggu giliran ke bilik air di perhentian ‘RnR’ yang pastinya penuh setiap kali cuti perayaan.

Banyak penjimatan dengan menaiki ‘ETS’ ini, untuk perjalanan dari KL Sentral ke Kuala Kangsar, penulis hanya bayar RM59 untuk sehala perjalanan.

Apa yang menarik dengan kesedaran sivik yang tinggi dalam kalangan penumpang, banyak kerenah atau gelagat penumpang telah berubah.

Tiada lagi penumpang bersesak-sesak hendak masuk ke dalam koc, tiada lagi kaki letak di atas tempat duduk dan tidak nampak sampah di dalam koc atau di perhentian stesen.

Seperkara lagi, sebagai pencipta alam menaiki keretapi adalah pilihan terbaik kerana kita dapat menikmati alam sekitar sepanjang perjalanan kerana melalui bukit-bukau dan sungai-sungai.

Banyak penambahbaikan telah dibuat oleh KTM dalam menyantuni penumpang-penumpang yang cintakan pengangkutan awam.

Terima kasih, KTM masih gagah walaupun berusia lebih 130 tahun berkhidmat untuk rakyat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!