1,000 penduduk kampung Palestin diusir Israel di Tebing Barat

Gambar fail menunjukkan kawasan yang dijajah Israel di Masafer Yatta, selatan Tebing Barat. - Foto AFP
Gambar fail menunjukkan kawasan yang dijajah Israel di Masafer Yatta, selatan Tebing Barat. - Foto AFP
A
A
A

BAITULMUQADIS - Mahkamah Tinggi Israel meluluskan pengusiran kira-kira 1,000 penduduk kampung Palestin untuk memberi laluan kepada zon latihan ketenteraan pada lewat Rabu.

Penduduk lapan buah kampung telah berjuang menerusi mahkamah Israel selama kira-kira 20 tahun bagi menentang usaha kerajaan rajim Zionis untuk mengusir mereka.

Kes itu dikenali sebagai Masafer Yatta atau Zon Tembak 918 iaitu sebuah kawasan pertanian berhampiran Hebron di Tebing Barat yang dijajah telah menjadi salah satu tuntutan undang-undang yang paling lama di Israel.

Pada awal tahun 1980-an, tentera Israel mengisytiharkan wilayah seluas 3,000 hektar itu sebagai kawasan tentera yang terhad dan mendakwa ia tidak berpenghuni.

Kira-kira 1,000 penduduk Palestin yang tinggal di kawasan itu berkata, ia adalah tempat tinggal mereka sejak sekian lama sebelum tentera Israel menjajah di Tebing Barat.

Tebing Barat dijajah tentera Israel sejak 1967 selepas menang dalam Perang Enam Hari.

Ia menawan wilayah itu dari Jordan dalam Perang Enam Hari.

Dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi Israel berkata, penduduk kampung gagal membuktikan tuntutan terhadap kediaman tetap mereka sebelum rejim Zionos membuat pengisytiharan kawasan itu sebagai zon latihan tentera Israel. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!