Contohi Muar, daerah terbersih di Asia
SHAH ALAM - Sikap penduduk Muar yang menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata harus dipuji kerana mengangkat Muar sebagai daerah terbersih di Asia.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Sentosa, Gunaraj George berkata, anugerah yang diterima itu perlu dijadikan contoh dan galakan buat penduduk Bukit Sentosa untuk sama-sama menjaga kebersihan.
Menurutnya, semua pihak perlu mengambil peranan dan tanggungjawab menjaga kebersihan bukan sahaja di rumah malah kawasan persekitaran juga perlu dititikberatkan.
"Sebagai ketua komuniti jalankan usaha dan tularkan berita ini kepada penduduk anda bagi menjadikan DUN Sentosa antara terbaik di Selangor, Malaysia dan kemudian kita sahut cabaran jadikan Klang terbersih daripada Muar, Langkawi dan Georgetown.
"Selain itu, pihak berkuasa tempatan (PBT) harus memainkan peranan penting bagi memperketat penguatkuasaan dan kenakan denda yang tinggi supaya masyarakat bertanggungjawab denga tidak membuang sampah merata-rata," katanya dalam kenyataan kenyataan pada Jumaat.
Katanya, kaedah penguatkuasaan tegas dilihat berkesan seperti diamalkan di negara jiran 'Singapura is Fine City'.
"Meningkatkan penguatkuasaan pasti dapat mengurangkan kos-kos lain. Penguatkuasaan yang ketat adalah langkah paling efektif.
"Kalau mereka boleh megapa kita tidak boleh. Sama-sama kita transformasi Selangor sebagai sebuah negeri digeruni dan dijulang sebagai sebagai bandar terbersih di Asia," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!