Punggah balak raya ketiga

Tunggul pokok meranti yang ditebang secara haram di Hutan Simpan Kemasul Tambahan Bentong. Foto JPNP
Tunggul pokok meranti yang ditebang secara haram di Hutan Simpan Kemasul Tambahan Bentong. Foto JPNP
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP) merampas sebanyak 65 batang kayu bergergaji pelbagai saiz di Hutan Simpan Kemasul Tambahan Bentong, pada Rabu.

Penolong Pengarah Kanan Penguatkuasaan (Zon Pahang Barat) Jabatan Perhutanan Negeri Pahang (JPNP), Shahril Mohamad berkata, rampasan itu dibuat selepas unit penguatkuasaan JPNP dan Pejabat Hutan Daerah (PHD) Bentong menerima aduan awam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kawasan itu menemui tiga tunggul pokok balak jenis meranti yang dipercayai ditebang oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Aktiviti terbabit dipercayai dilakukan tiga individu tempatan yang mahir menghasilkan kayu bergergaji untuk dijadikan tiang pagar kebun dan pembinaan rumah.

"Kayu berkenaan dianggarkan bernilai antara RM3,000 hingga RM4,000 sebatang mengikut harga semasa serta jenis kayu," katanya.

Beliau menjelaskan kegiatan terbabit sudah dijangka dan serbuan dilakukan tanpa mengira masa serta lokasi.

"Kita akan berusaha mengesan individu yang terbabit dalam kegiatan menceroboh Hutan Simpan Kemasul Tambahan Bentong dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Perhutanan Negara 1984," katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!