Bekas jurutera ternak arnab, pasarkan sebagai rendang

Zain' Aliuddin Zain Alabiddin menunjukkan arnab yang diternaknya di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.- Foto Bernama
Zain' Aliuddin Zain Alabiddin menunjukkan arnab yang diternaknya di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.- Foto Bernama
A
A
A

SEPANG - Didorong keinginan mencuba perniagaan yang berbeza, Zain ‘Aliuddin Zain Alabiddin nekad meninggalkan kerjaya sebagai jurutera reka bentuk untuk menceburi bidang penternakan arnab pedaging bagi menghasilkan rendang arnab untuk dipasarkan.

Tidak lama selepas berhenti, Zain ‘Aliuddin menyertai kursus penternakan arnab pedaging yang dikendalikan oleh pembekal arnab terbesar, KM Barokah di Klang pada Mac 2021 bagi mempersiapkan diri dengan ilmu berkaitan penternakan haiwan itu serta mendaftarkan perniagaan penternakannya ZNDD Rabbit Farm dengan Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Dengan menggunakan wang simpanan sendiri serta bantuan kewangan daripada ahli keluarga terdekat, beliau membina sangkar di sekitar kediamannya di Kampung Hulu Teris di sini dengan bermodalkan kira-kira RM20,000.

"Dua bulan pertama saya ternak arnab pedaging baka New Zealand ini tidak datangkan hasil sebab masih baru dan kurang pengalaman. Tapi selepas beberapa bulan, ternakan saya semakin menjadi dan sihat,” kata Zain ‘Aliuddin, 32.

Beliau yang kini memiliki hampir 300 arnab itu berkata, penjagaan arnab sangat mudah berbanding ternakan lain dan memperuntukkan kira-kira RM800 untuk membeli pelet makanan untuk sebulan.

Zain ‘Aliuddin menguruskan penternakan arnab itu secara bersendirian selain mengendalikan proses penyembelihan dan menyediakan bahan masakan rendang arnab, manakala proses memasak diuruskan sepenuhnya oleh isterinya, Nadwatul Khodijah Mohd Misban, 33.

Selepas arnab yang telah disembelih diproses, ia akan dimasak kira-kira dua jam dengan pes rendang yang telah dimasak selama tiga jam menggunakan bahan-bahan antaranya halia, serai, lengkuas dan cili kering.

"Daging arnab ini rasanya lain dari daging ayam atau lembu. Apabila dimasak dengan pes, rasa daging arnab manis. Ia diakui peminat daging tersendiri,” katanya.

Menu daging arnab mempunyai penggemarnya tersendiri itu dan semakin mendapat sambutan sejak Zain ‘Aliuddin dan isterinya mula berniaga secara jualan but kereta pada bulan Mac tahun ini di Pantai Bagan Lalang.

Nadwatul Khodijah Mohd Misban menunjukkan rendang arnab Uncle Zain di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.- Foto Bernama
.
Rendang arnab yang diusahakan Zain شAliuddin Zain Alabiddin yang merupakan bekas jurutera reka bentuk kini mempunyai penggemarnya tersendiri dan semakin mendapat sambutan.
Zain شAliuddin menguruskan penternakan arnab itu secara bersendirian selain mengendalikan proses penyembelihan dan menyediakan bahan masakan rendang arnab, manakala proses memasak diuruskan sepenuhnya oleh isterinya Nadwatul Khodijah, 33.
Menggunakan medium media sosial Facebook bagi memasarkan produk rendang arnab dengan jenama شUncle Zainص Rendang Arnab, rendang itu dijual pada harga RM23 bagi setiap 300 gram.
Selain itu, orang ramai boleh membeli rendang arnab yang dijual dalam bentuk sejuk beku pada kuantiti dan harga sama. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA
Nadwatul Khodijah Mohd Misban menunjukkan rendang arnab Uncle Zain di rumahnya di Kampung Hulu Teris baru-baru ini.- Foto Bernama . Rendang arnab yang diusahakan Zain شAliuddin Zain Alabiddin yang merupakan bekas jurutera reka bentuk kini mempunyai penggemarnya tersendiri dan semakin mendapat sambutan. Zain شAliuddin menguruskan penternakan arnab itu secara bersendirian selain mengendalikan proses penyembelihan dan menyediakan bahan masakan rendang arnab, manakala proses memasak diuruskan sepenuhnya oleh isterinya Nadwatul Khodijah, 33. Menggunakan medium media sosial Facebook bagi memasarkan produk rendang arnab dengan jenama شUncle Zainص Rendang Arnab, rendang itu dijual pada harga RM23 bagi setiap 300 gram. Selain itu, orang ramai boleh membeli rendang arnab yang dijual dalam bentuk sejuk beku pada kuantiti dan harga sama. --fotoBERNAMA (2022) HAK CIPTA TERPELIHARA

Beliau juga menggunakan medium media sosial Facebook bagi memasarkan produk rendang arnab dengan jenama "Uncle Zain” Rendang Arnab, yang dijual pada harga RM23 bagi setiap 300 gram.

"Rendang arnab pada kuantiti dan harga sama juga dijual dalam bentuk sejuk beku," katanya yang kini mampu menjana pendapatan empat angka sebulan.

Zain ‘Aliuddin yang mempunyai perancangan untuk menjadi pembekal daging segar arnab itu berkata, beliau telah memohon bantuan kewangan di bawah Program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor untuk modal tambahan bagi membeli peti sejuk yang bersesuaian.

Beliau antara individu yang membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000 bercadang menggunakan dana itu untuk mengembangkan perniagaannya.- Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!