Wajib zakat KWSP jika pendapatan mencukupi: LZS

LZS mengingatkan individu membuat pengeluaran khas KWSP untuk menunaikan zakat.
LZS mengingatkan individu membuat pengeluaran khas KWSP untuk menunaikan zakat.
A
A
A

SHAH ALAM - Individu yang mempunyai pendapatan mencukupi tetapi memilih melakukan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan membayar zakat.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerusi kemas kini di Facebook berkata, perkara itu dirujuk berdasarkan Fatwa Sistem Pengurusan Kutipan Zakat Negeri Selangor 2013 (Pindaan) membabitkan pengeluaran KWSP.

Menurut kenyataan itu, individu yang belum mencapai usia 55 tahun namun mengeluarkan KWSP diwajibkan menunaikan zakat.

"Bagaimanapun, terdapat kelonggaran berikutan pandemik iaitu pengeluaran kerana pendapatan terjejas tidak diwajibkan zakat, namun pengeluaran bagi (individu) mempunyai pendapatan mencukupi wajib membayar zakat.

"Zakat KWSP dikira dengan cara 2.5 peratus daripada jumlah pengeluaran contohnya RM10,000 x 2.5 peratus bersamaan RM250," menurut kenyataan itu.

Tambah kenyataan itu, jumlah pengeluaran tidak mengira sama ada mencapai nisab zakat.

Jelas kenyataan itu, jika jumlah pengeluaran KWSP di bawah nisab, ia perlu dicampurkan bersama pendapatan lain.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!