Eintracht Frankfurt lepasi ranjau West Ham United

Rafael Borre penjaring gol tunggal Eintracht Frankfurt ketika berdepan West Ham United di Frankfurt. - Foto AFP
Rafael Borre penjaring gol tunggal Eintracht Frankfurt ketika berdepan West Ham United di Frankfurt. - Foto AFP
A
A
A

KEJAYAAN Eintracht Frankfurt mara ke perlawanan akhir kejuaraan Eropah pertama kelab Bundesliga itu, dalam tempoh 42 tahun disifatkan pencapaian menakjubkan selepas mengatasi West Ham United secara agregat 3-1 di separuh akhir kedua Liga Europa.

Bagaimanapun pengendali Eintracht Frankfurt, Oliver Glasner mengakui perlawanan menentang The Hammers kendalian David Moyes merupakan perlawanan yang sukar.

Jelasnya, pelawat yang tampil 10 pemain menghadirkan pelbagai tekanan sebaik tuan rumah melebarkan jurang agregat kepada 3-1 pada babak pertama.

“Sejujurnya adalah perlawanan yang sangat sukar kepada Eintracht Frankfurt walaupun selesa dengan bekalan gol pada perlawanan pertama.

“Namun apabila kami menjaringkan gol pertama situasi menjadi cukup berbeza apabila lawan mula agresif mengasak bahagian pertahanan Eintracht Frankfurt.

“Separuh masa kedua kami kenal bertahan dengan penuh semangat dan saya sangat berbangga dengan pasukan. Ia sangat hebat untuk berada di final dengan ini kelab dan sokongan penyokong yang hebat selepas 42 tahun,” katanya.

Pada perlawanan di Deutsche Bank Park itu, Eintracht Frankfurt, memanfaatkan kekurangan The Hammers yang terpaksa beraksi 10 pemain selepas pertahanan Aaron Cresswell dilayangkan kad merah pada minit ke-19.

Situasi itu membolehkan penyerang tuan rumah, Rafael Borre meledak jaringan pada minit ke-26, sekali gus membawa kelab Jerman itu ke perlawanan akhir berdepan Rangers di Ramon Sanchez Pizjuan, Seville pada 19 Mei ini.

Sementara itu, pemain sayap Eintracht Frankfurt, Ansgar Knauff, berkata: “Kejayaan mara ke perlawanan akhir adalah hasil kerja keras enam bulan lalu yang akhirnya impian menjadi kenyataan. Sungguh luar biasa.”

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!