Banjir kilat: Bomba selamatkan gadis OKU, bayi

Bayi yang diselamatkan dalam kejadian banjir kilat di Kampung Datuk Keramat di ibu negara petang tadi.
Bayi yang diselamatkan dalam kejadian banjir kilat di Kampung Datuk Keramat di ibu negara petang tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang remaja OKU dan bayi perempuan berusia empat bulan diselamatkan dalam kejadian banjir kilat di Kampung Datuk Keramat, di sini petang tadi.

Jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 4.20 petang.

Keadaan banjir kilat di Kampung Datuk Keramat di ibu negara petang tadi.
Keadaan banjir kilat di Kampung Datuk Keramat di ibu negara petang tadi.

Menurutnya, 17 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat, Titiwangsa dan Jalan Tun Razak bergegas ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati sebanyak 10 rumah dan beberapa kenderaan terlibat.

Gadis OKU yang selamatkan.
Gadis OKU yang selamatkan.

“Terdapat dua mangsa berjaya diselamatkan iaitu seorang gadis remaja OKU berusia 15 tahun dan seorang bayi perempuan berusia empat bulan,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pihak bomba juga bertindak memastikan sistem pengaliran berfungsi dengan baik.

Artikel Berkaitan:

“Operasi tamat pada jam 5.41 petang,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!