Aliran trafik terkawal, hanya beberapa kawasan sesak

Situasi aliran trafik dari arah utara Lebuhraya Utara Selatan menuju ke ibu kota pada Sabtu. - Foto Bernama
Situasi aliran trafik dari arah utara Lebuhraya Utara Selatan menuju ke ibu kota pada Sabtu. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di lebuh raya utama dalam keadaan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di beberapa kawasan di utara, selatan dan timur menuju ke Lembah Klang setakat tengah hari Ahad.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, bagi laluan dari timur ke Lembah Klang, kesesakan sepanjang 21 kilometer berlaku dari Karak hingga Bukit Tinggi.

"Aliran trafik dari utara dan selatan ke Lembah Klang berada dalam keadaan terkawal dan kesesakan dilaporkan berlaku di kawasan 'hot spot' Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) di Ipoh Selatan ke Simpang Pulai, kawasan mendaki di Gua Tempurung ke Tapah, Bidor ke Sungkai dan Sungai Buaya ke Rawang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Kata jurucakap berkenaan, bagi laluan dari selatan, kesesakan berlaku di Simpang Ampat ke Pedas Linggi dan Kawasan Rehat dan Rawat Seremban ke Port Dickson.

Tol percuma PLUS dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) yang bermula tengah malam semalam akan berakhir pada 11.59 malam ini. - Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!