Lelaki alami sesak nafas di puncak Bukit Rawang Bypass

Mangsa berjaya dibawa turun sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Foto Bomba
Mangsa berjaya dibawa turun sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Hospital Selayang untuk pemeriksaan lanjut. Foto Bomba
A
A
A

RAWANG - Seorang lelaki mengalami sesak nafas ketika mendaki di Bukit Rawang Bypass pada Ahad.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, panggilan kecemasan diterima pada jam 11.26 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian.

Menurutnya, lelaki beralamat di Puchong dan berusia 54 tahun itu mengalami sesak nafas sewaktu berada di puncak bukit.

"Mangsa tidak dapat turun dari puncak bukit dan menghubungi bilik gerakan bagi mendapatkan bantuan.

"Anggota penyelamat berjaya membawa turun mangsa menggunakan pengusung sebelum diserahkan kepada pasukan perubatan Hospital Selayang untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, operasi bermula pada jam 11.40 pagi itu diketuai komander, K Ramesh dan tamat sepenuhnya pada 1.39 petang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!