Lebih manfaat untuk anak Selangor
Amirudin Shari
A
A
A
Menteri Besarnya, Amirudin Shari menjelaskan, formula yang bakal diputuskan termasuk cadangan penyelarasan pemberian insentif Hadiah Anak Masuk Universiti dan Inisiatif Kemahiran Teknikal Dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).
“Kerajaan negeri pada tahun ini memutuskan supaya skim Tawas dijajarkan kepada Hadiah Anak Masuk Universiti bagi mengurangkan beban untuk memasuki universiti.
“Walaupun program ADAM50 dihentikan, kerajaan negeri sememangnya berhasrat untuk meneruskan agenda menggalakkan rakyat Selangor terutama ibu bapa membina tabungan untuk masa depan anak mereka melalui pelaburan Unit Amanah.
“Perancangan awal kerajaan negeri bagi penjajaran program Tawas ini adalah dengan mengambil pendekatan melabur untuk jangka panjang melalui instrumen pelaburan bersesuaian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan dibangkitkan Rizam Ismail (BN-Sungai Air Tawar) ketika penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Sultan Selangor sempena Sidang DUN Selangor.
Amirudin (PKR-Sungai Tua) menjelaskan, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) juga mengadakan siri perbincangan dengan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
“Perbincangan ini bagi meneliti dan mengkaji peluang pelaburan melalui instrumen pelaburan sedia ada yang ditawarkan ASNB sebagai salah satu cadangan untuk menambahbaik program TAWAS sedia ada.
“Bagaimanapun, perkara ini masih dalam peringkat perbincangan dan akan diperhalusi UPEN dan akan dibentangkan bagi melihat pro dan kontra pelaksanaan pelaburan ini kepada anak Tawas,” katanya.
Setakat ini, terdapat lebih 362,130 ahli berdaftar di bawah Tawas dan 10 kumpulan pertama yang bakal menerima manfaat pada tahun 2026 nanti dengan pemberian RM1,500 apabila mencapai umur 18 tahun.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!