[VIDEO] Hukuman berat menanti ibu bapa benar anak memandu tanpa lesen

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Saranan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mahu hukuman berat dikenakan terhadap ibu bapa yang membenarkan anak atau remaja bawah umur memandu kenderaan tanpa lesen adalah wajar.

Beliau turut bersetuju hukuman berat itu turut terpakai bukan sahaja terhadap pemandu bahkan pemilik kenderaan yang cuai hingga menyebabkan kecederaan kepada mana-mana pihak.

Langkah itu dirasakan perlu bagi memastikan kes kemalangan membabitkan pemandu bawah umur tanpa lesen tidak berulang.

Tegas beliau, jika tiada lesen bermakna pemandu tidak mempunyai perlindungan insurans yang bukan sahaja boleh memudaratkan diri sendiri malah pemandu yang lain juga.

Ini berikutan berlakunya kejadian seorang remaja lelaki berusia 16 tahun merempuh dua pekerja mesin rumput hingga seorang daripadanya maut dalam kemalangan di Jalan Pintasan Semeling, Kuala Muda, Kedah pada Sabtu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, polis sudah mengambil keterangan daripada remaja yang memandu kenderaan pelbagai guna (MPV) itu.

Kejadian kemalangan membabitkan remaja bawah umur memandu tanpa lesen bukan isu baharu di negara ini

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebelum ini kerana dek kelalaian ibu bapa juga menjadi punca lapan remaja berbasikal lajak di Johor meninggal dunia kerana dilanggar kenderaan lain di lebuhraya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!