Dedahkan nama pemimpin dakwa Amanah alat politik

Salahuddin
Salahuddin
A
A
A

KUALA LUMPUR — Parti Amanah mahu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menamakan pemimpin dalam Pakatan Harapan (PH) yang didakwa menyifatkan Amanah diwujudkan untuk menjadi alat bagi DAP mengekang pengaruh serta peluang Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lalu.

Timbalan Presidennya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kesahihan perkara itu perlu dibuktikan bagi mengelak berlakunya fitnah.

“Lebih baik dia namakan siapa pimpinan itu dan saya akan ambil tanggungjawab atas isu ini. Saya mahu ia dibuktikan dahulu siapa nama dia dan jika dikenal pasti saya akan mengambil langkah tertentu,"

"...Jika beliau (Abdul Hadi) berani umumkan itu, barulah dianggap terbuka dan ‘gentleman’,” kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu ketika ditemui pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Abdul Hadi dilapor membuat dakwaan itu ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-41 PAS kawasan Ketereh pada 23 Mac.

Dalam ucapannya, Abdul Hadi dilaporkan berkata ada pemimpin dalam PH sendiri yang mengakui bahawa parti Amanah hanya parti alat semata-mata. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!