Enam 'berperang' mercun dikenakan bon berkelakuan baik

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Gara-gara 'berperang' mercun, enam lelaki dikenakan bon berkelakuan baik di bawah Seksyen 67 Kanun Tatacara Jenayah oleh Mahkamah Majistret Seremban pada Isnin.

Majistret Mohd Firdaus Saleh membuat keputusan itu selepas kesemua individu berusia antara 19 hingga 23 tahun itu membuat pengakuan bersalah.

Dua individu berusia 22 dan 33 tahun pula didenda RM300 selepas mengaku bersalah di bawah Peraturan 74, Peraturan-Peraturan Bahan Letupan 1923 kerana menjual mercun dan bunga api tanpa permit.

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, polis menahan 10 lelaki pada Sabtu selepas dipercayai terlibat dalam sebuah video tular di media sosial yang memaparkan sekumpulan individu telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kesemua suspek berusia 19 hingga 42 tahun itu ditahan pada jam 4.40 pagi di sekitar Seremban.

Pada 6 Mei lalu jam lebih kurang jam 9 pagi, tular satu rakaman video berdurasi 29 saat di laman media sosial Facebook yang memaparkan satu kejadian sekumpulan lelaki telah melakukan gaduh gempar menggunakan bunga api sesama sendiri di Jalan BPS 3, Taman Bandar Prima Senawang.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!