Trump tidak bersekongkol dengan Rusia

Laporan dibuat Mueller mendapati Trump tidak berkoordinasi dengan Moscow.
Laporan dibuat Mueller mendapati Trump tidak berkoordinasi dengan Moscow.
A
A
A

WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Donald Trump tidak bersekongkol dengan Rusia ketika Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2016, menurut laporan Peguam Khas, Robert Mueller yang dikemukakan kepada Kongres, semalam.

"Siasatan Peguam Khas tidak menemui kempen Trump atau pihak berkaitan tidak terlibat konspirasi atau berkoordinasi dengan Moscow.

Walaupun ia tidak menyimpulkan bahawa presiden telah melakukan jenayah, ia juga tidak membebaskannya," jelas kandungan laporan tersebut yang diringkaskan oleh Peguam Negara, William Barr.Laporan itu bagaimanapun kelihatan samar-samar dalam menangani tuduhan menghalang keadilan oleh presiden, tidak membebaskannya atau mendakwanya.

Hasilnya, Barr dan timbalannya, Rod Rosenstein membuat kesimpulan bahawa bukti tidak mencukupi untuk mendakwa presiden telah melakukan kesalahan menghalang keadilan.

Susulan pendedahan laporan itu, Trump yang sebelum ini menyifatkan siasatan itu sebagai 'pemburuan ahli sihir' menerusi Twitter menyatakan, 'Tiada kerjasama, Tiada halangan'.

"Ia memalukan negara kerana objektif siasatan itu gagal," kata presiden tersebut.

Jawatankuasa siasatan itu mempunyai 19 peguam, bantuan kira-kira 40 ejen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mengeluarkan lebih 2,800 sepina untuk menyiasat campur tangan Rusia dalam pilihan raya presiden tersebut dan kolaborasi pasukan beliau dengan Kremlin. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!