Mayat lelaki warga emas ditemui di Empangan Perting
KUANTAN - Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terapung di Empangan Hulu Perting, Bentong pada Selasa.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihak bomba menerima laporan berhubung penemuan mayat berkenaan pada jam 1.13 tengah hari.
Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong ke lokasi bagi membantu pihak polis mengambil mayat lelaki berusia dalam lingkungan 67 tahun itu.
"Pihak bomba menggunakan sebuah bot milik orang awam untuk mengambil mayat berkenaan.
"Mayat tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!