Kesal ada pihak ‘gembira’ kejadian ban runtuh
JITRA - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor kesal dengan tindakan pihak tertentu yang seolah-olah sedang ‘gembira’ dengan kejadian ban runtuh di Pelubang, di sini.
Muhammad Sanusi menyifatkan, tindakan itu merupakan satu budaya tidak baik, sekali gus perbuatan tersebut perlu dihentikan segera.
Beliau menegaskan, sepatutnya semua pihak berharap pegawai-pegawai terlibat dapat menyelesaikan segera isu yang timbul apabila berlaku kecemasan sedemikian.
“Mana-mana individu tidak sepatutnya menyebarkan apa-apa yang menimbulkan kontroversi ataupun kebimbangan keterlaluan kepada orang awam.
“Jika ada orang 'bergembira' dengan kejadian macam ini, maka saya rasa dia itu ada masalah,” katanya ketika diminta mengulas tindakan sesetengah pihak yang 'gembira' dengan kejadian ban runtuh di Pelubang,di sini, pada Isnin.
Beliau berkata sedemikian ketika ditemui pemberita selepas selepas meninjau lokasi ban pecah di Lubuk Batu, di sini pada Selasa.
Bahagian Perhubungan Awam Komunikasi Korporat SADA dalam satu kenyataan berkata, tugas Loji Rawatan Air Bukit Pinang terpaksa dihentikan susulan kerja-kerja kecemasan akibat kejadian tersebut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!