Air bertakung punca kesesakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu

Aliran trafik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sesak akibat air bertakung hingga pertengahan jalan. - Foto ihsan MBPP
Aliran trafik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu sesak akibat air bertakung hingga pertengahan jalan. - Foto ihsan MBPP
A
A
A

GEORGETOWN - Air bertakung selepas hujan lebat menyebabkan aliran trafik di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini sesak pada pagi Rabu.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dalam kenyataan pada Rabu memaklumkan, sehingga jam 9 pagi Rabu, keadaan lalu lintas terkini di lebuh raya terbabit masih bergerak perlahan akibat air bertakung sehingga pertengahan jalan berhadapan projek pembinaan (bersebelahan Mutiara Height).

Menurut kenyataan berkenaan, kejadian itu berlaku ekoran hujan lebat sejak jam 5 pagi.

Kerja-kerja pengorekan laluan air sedang dilaksanakan oleh petugas Jabatan Kejuruteraan MBPP.

Keadaan air bertakung di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Rabu. - Foto ihsan MBPP
Keadaan air bertakung di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu pada Rabu. - Foto ihsan MBPP

"Dimohon kepada para pengguna laluan tersebut agar bersabar dan Unit Warden Trafik MBPP sedang membuat kawalan aliran trafik bagi melancarkan perjalanan.

"Sila gunakan laluan alternatif sekiranya ingin menuju ke pusat bandar raya," katanya.

Pada Rabu tular video kesesakan di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di sini berikutan air bertakung dan kelihatan beberapa kenderaan berhenti di tepi jalan kerana tidak mahu mengambil risiko meredah laluan yang dinaiki air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!