Pelaburan di NS catat peningkatan: Exco

Dr Rafie menunjukkan statistik dikeluarkan MIDA Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan pelaburan pada tahun lalu.
Dr Rafie menunjukkan statistik dikeluarkan MIDA Negeri Sembilan menunjukkan peningkatan pelaburan pada tahun lalu.
A
A
A

SEREMBAN - Pelaburan di Negeri Sembilan mencatatkan peningkatan sebanyak 103 peratus pada tahun lalu.

Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pada 2018 jumlah pelaburan yang berjaya diperoleh oleh kerajaan negeri adalah sebanyak RM2.861 bilion berbanding 2017 sebanyak RM1.41 bilion.

Menurutnya, jumlah peningkatan yang ketara ini disebabkan kerja keras Kerajaan PH yang sentiasa berusaha untuk menarik pelabur baharu selain menjaga kebajikan serta kepentingan pelabur sedia ada.

"Kita banyak membantu mempermudahkan urusan pelabur luar yang ingin melabur di negeri ini, di samping menjaga pelabur sedia ada.

"Misalnya pada awal pengambilan PH di Negeri Sembilan, Syarikat Kilang Semi Onn di Senawang hampir mahu keluar dari negeri ini, tetapi setelah pelbagai perbincangan dan kata sepakat yang dilakukan, akhirnya kilang itu membuat keputusan untuk kekal dan menambah pelaburan mereka dengan membesarkan kilang di sini, sekali gus peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan terus terjamin," katanya.

Katanya, pada 2018, jumlah pelaburan adalah sebanyak RM1.606 bilion berbanding 2017, RM306 juta.

Manakala bagi sektor perkhidmatan juga menunjukkan peningkatan yang ketara iaitu sebanyak RM430 juta, sektor pembuatan (RM2.43 bilion), berbanding 2017, sektor perkhidmatan (RM303 juta) dan sektor pembuatan (RM1.1 bilion).

"Kita menyasarkan pada tahun ini pelaburan di Negeri Sembilan lebih RM4 bilion dan kita yakin ia mampu dicapai memandangkan pelbagai perbincangan pelaburan yang dibuat kini mendapat reaksi positif.

Artikel Berkaitan:

"Pelbagai perancangan dan usaha menarik pelabur ke negeri ini, ditambah dengan projek MVV2.0 itu nanti akan ada lebih banyak pelabur datang ke negeri ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!