Jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup
BENTONG - Jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah ditutup sementara waktu berikutan beberapa kejadian tanah runtuh di kawasan tersebut berikutan hujan lebat awal pagi Rabu.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, bagaimanapun jalan ke arah Janda Baik masih boleh dilalui.
"Cuma jalan lama Bukit Tinggi-Genting Sempah yang ditutup.
"Buat masa ini trend air sedang menurun di kawasan yang dinaiki air," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Ujarnya, pelbagai pihak termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di lokasi kejadian bagi membantu serta mengawal keadaan.
Jelasnya, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!