Israel serang lokasi Hamas di Semenanjung Gaza

Rejim Israel menyerang lokasi kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza. - Foto BBC
Rejim Israel menyerang lokasi kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza. - Foto BBC
A
A
A

SEMENANJUNG GAZA - PALESTIN.Tentera rejim Israel dilapor melancarkan serangan ke beberapa lokasi kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza, semalam.

Pasukan Pertahanan Israel (IDF) berkata, serangan yang dilancarkan beberapa jam selepas bedilan roket Palestin mengenai sebuah rumah di utara Tel Aviv, menyasarkan pejabat pemimpin Hamas dan pusat risikan tentera kumpulan terbabit.

Kementerian Kesihatan Gaza memaklumkan tujuh cedera dalam serangan terbabit.

Terdahulu, IDF menyalahkan pergerakan Hamas yang menguasai Gaza susulan bedilan roket yang mengenai komuniti Israel di Mihshmeret dan mencederakan tujuh orang.

"Israel tidak akan bertoleransi terhadap serangan ini," kata Perdana Menteri Benjamin Netanyahu ketika berada di Washington bagi menyaksikan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani deklarasi mengiktiraf Bukit Golan sebagai milik Israel.

Dalam pada itu, Presiden Trump turut mengecam serangan Hamas dan menyokong sepenuhnya hak rejim Israel mempertahankan diri. - BBC

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!