Kes dera di madrasah: JKM kemuka laporan sosial

Keadaan asrama yang ditinggal kosong masih kemas.
Keadaan asrama yang ditinggal kosong masih kemas.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengemukakan laporan sosial bersabit penderaan di sebuah madrasah Kampung Batu 8 di sini, hari ini.

Pengarahnya, Zulkhairi Zainal Abidin berkata, hasil intervensi sosial Pegawai Pelindung Kanak-Kanak JKM, beberapa tindakan telah dibuat dan akan dilaksanakan, iaitu menempatkan kanak-kanak bersama keluarga dengan jaminan keselamatan oleh keluarga.

"Pada 20 Mac 2019 jam 10.00 pagi, satu lawatan naziran telah dibuat oleh pihak JKM Kuantan ke madrasah tersebut. Didapati telah tiada penghuni namun demikian peralatan masih berada dalam keadaan teratur dan tersusun.

"Kanak-kanak akan tinggal bersama keluarga yang mana akan dimasukkan semula ke maahad tahfiz yang berdaftar dengan Majlis Ugama Islam Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar tahfiz didera ustaz

Zulkhairi berkata, keluarga telah dimaklumkan mengenai tindakan dan bidang kuasa JKM di mana kanak-kanak akan dirujuk kepada unit kaunseling JKM.

Tiada penghuni.
Tiada penghuni.

Terdahulu, polis mengesahkan satu laporan dibuat seorang bapa susulan video tular di media sosial membabitkan seorang guru tahfiz yang didakwa melakukan penderaan fizikal dan seksual ke atas pelajar di sebuah madrasah di sini, kelmarin.

Artikel Berkaitan:

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nayan ketika dihubungi berkata, kejadian di sebuah madrasah di Taman Seri Damai Aman, Jaya Gading, di sini membabitkan seorang guru lelaki berusia 46 tahun.

“Kira-kira jam 11 pagi 16 Mac lalu, pengadu melawat anak lelakinya berusia sembilan tahun di madrasah itu. Anak pengadu menceritakan sejak hari pertama masuk ke madrasah tersebut pada 1 Februari 2019, dia didera oleh seorang ustaz (Walid).

“Anak pengadu dirotan, dicubit, ditampar, dicium mulut, ketuk ketampi dan dimaki hamun.

“Kejadian terbaru adalah pada 15 Mac lalu apabila anak pengadu dirotan di badan termasuk di belakang badan, kaki, tangan dan dicubit. Pengadu seterusnya membuat laporan polis,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!