Parlimen AS lulus RUU peruntukan bantuan untuk Ukraine
![No Image Caption](https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/05/11/1731681.jpg)
WASHINGTON - Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) meluluskan, dengan undian 368-57, rang undang-undang pembiayaan tambahan untuk Ukraine yang menyediakan bantuan hampir AS$40 bilion untuk negara itu di tengah-tengah operasi ketenteraan khas Rusia, termasuk lebih AS$20 bilion dalam bantuan pertahanan, lapor Sputnik.
Anggota Dewan AS meluluskan undang-undang itu, digelar Akta Peruntukan Tambahan Ukraine 2022, pada Selasa, meneruskan permintaan asal Presiden AS Joe Biden untuk pakej bantuan AS$33 bilion.
Permintaan itu termasuk bantuan ketenteraan AS$20.4 bilion, bantuan ekonomi US$8.5 bilion, dan bantuan kemanusiaan AS$3 bilion. Selain itu, Dewan AS menambah AS$3.4 bilion dalam bentuk bantuan pertahanan dan AS$3.4 bilion dalam bentuk bantuan kemanusiaan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!