Manchester City langgar habis Wolverhampton di Molineux

De Bruyne meraikan jaringan hatrik ketika berdepan Wolves dalam aksi liga di Molineux.
De Bruyne meraikan jaringan hatrik ketika berdepan Wolves dalam aksi liga di Molineux.
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City melaung amaran kepada pesaing terdekat Liverpool, The Citizens kian menghampiri mengekalkan kejuaraan liga di Stadium Etihad musim ini apabila membelasah Wolverhampton Wanderers, 5-1 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Molineux.

Pada perlawanan berintensiti tinggi itu, Kevin De Bruyne membuktikan kewibawaannya antara peledak tersohor saingan tertinggi liga Inggeris itu apabila meledak empat gol (7', 16, 24', 60') sebelum Raheem Sterling melengkapkan kemenangan bergaya The Citizens dengan gol minit ke-84'.

Dalam pada itu, tuan rumah kendalian Bruno Lage berjaya mengurangkan defisit hasil jaringan minit ke-11, Leander Dendoncker.

Kemenangan ke-28 perlawanan liga itu menyaksikan skuad asuhan Pep Guardiola mengumpul 89 mata, tiga mata mengatasi Liverpool pimpinan Jurgen Klopp yang juga dibezakan dengan jumlah jaringan yang besar.

Sementara itu, Wolves kekal di tangga ke lapan liga dengan 50 mata selepas mengharungi 36 perlawanan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!