Bekas Pengarah AAIC didakwa pecah amanah lebih RM1 juta
KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini atas tiga pertuduhan pecah amanah dana AIAC melibatkan lebih RM1 juta, tiga tahun lalu.
Datuk Prof. Dr. N. Sundra Rajoo, 63, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Azura Alwi.
Berdasarkan semua pertuduhan, beliau sebagai ejen iaitu Pengarah AIAC didakwa melakukan pecah amanah terhadap dana yang diamanahkan kepadanya berjumlah RM1,011,367.50.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di pejabat AIAC, Bangunan Sulaiman, Jalan Sultan Hishamuddin, di sini antara 8 Disember 2016 dan 17 Ogos 2018.
Dakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Bahrain Omar mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi 20 tahun, sebatan dan denda.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!