Lampard puas hati keputusan seri

Frank Lampard
Frank Lampard
A
A
A

PENGURUS Everton, Frank Lampard mengakui dirinya sangat gembira dengan keputusan seri yang dicatatkan pasukannya ketika terikat tanpa jaringan menentang Watford di Vicarage Road Stadium awal pagi Khamis.

Menurut Lampard, satu mata yang diperoleh oleh pasukannya dilihat sudah cukup untuk membantu The Toffees mengelak daripada tersingkir saingan Liga Perdana Inggeris pada musim hadapan.

“Saya tidak boleh cakap yang saya tidak berpuas hati dengan keputusan ini kerana kita masih dapat kutip mata pada perlawanan tersebut.

“Malah kami juga berjaya mencipta beberapa peluang cuma berdepan masalah untuk menyempurnakannya dengan jaringan gol.

“Tapi apa-apapun pujian harus diberikan kepada pemain kerana berjaya mengutip mata di laman lawan,” katanya.

Sebelum ini Everton berada di zon penyingkiran selepas mempamerkan aksi yang tidak konsisten sejak bermulanya liga musim ini.

Dengan keputusan tersebut menyaksikan Everton kini berada di kedudukan ke-16 dengan mengumpul 36 mata daripada 35 perlawanan.

Everton dilihat mungkin akan terselamat daripada penyingkiran sekiranya mereka berjaya menewaskan Brentford setelah Leeds United tewas kepada Chelsea sebelum ini.

“Ia bukan satu tugas mudah untuk menentang Brentford. Mereka sebuah pasukan yang hebat dan agak sukar untuk ditewaskan.

“Bagaimanapun keputusan perlawanan tersebut bergantung kepada prestasi pemain. Sekiranya mereka berada dalam keadaan baik tak mustahil kami boleh mencipta keputusan positif pada perlawanan itu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!