Chiellini sah tinggalkan Juventus

Chiellini. - Foto transfermarket.com
Chiellini. - Foto transfermarket.com
A
A
A

PEMAIN pertahanan veteran Juventus, Giorgio Chielline mengesahkan akan meninggalkan kelab berkenaan pada penghujung musim ini.

Menurut pemain berusia 37 tahun itu, dia membuat keputusan berkenaan demi memberikan peluang kepada pemain lain untuk beraksi bersama skuad The Old Lady itu.

“Saya telah mengharungi 10 tahun yang hebat bersama Juventus dan kini tiba masanya untuk pemain lain pula meneruskan perjuangan saya.

“Saya akan mengucapkan selamat tinggal kepada stadium pada aksi terakhir saingan Serie A hujung minggu ini.

“Secara keseluruhannya, ini merupakan pilihan saya sendiri untuk meninggalkan kelab ini dan saya sangat bangga kerana melakukannya ketika berada di kemuncak prestasi,” katanya.

Chiellini mengumumkan perkara berkenaan selepas beraksi pada final Coppa Italia Rabu lalu yang menyaksikan Juventus tewas 2-4 kepada Inter Milan.

Untuk rekod, Chiellini kini muncul selaku pemain ketiga yang beraksi dengan Juventus di usia sedemikian setelah Alessandro Del Piero dan Gianluigi Buffon.

Chiellini menyertai Juventus pada 2004 daripada Livorno turut mengecap musim gemilang bersama Juventus dengan memenangi sembilan gelaran Serie A dan lima gelaran Piala Itali.

Mengulas lanjut mengenai hala tujunya selepas ini, Chiellini berkata, dia masih belum memuktamadkan perkara berkenaan.

“Saya masih belum memuktamadkan destinasi saya dan saya juga tidak berniat untuk menggantung but..mungkin saya akan terus beraksi dan bermain bola sepak dalam saingan liga yang belum dikenal pasti,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!