Celcom lancar pelan konvergen baharu

Celcom menawarkan pelan konvergen terbaharu yang memberikan penjimatan dan tawaran hebat kepada penggunanya.
Celcom menawarkan pelan konvergen terbaharu yang memberikan penjimatan dan tawaran hebat kepada penggunanya.
A
A
A

SHAH ALAM - Celcom Axiata Berhad (Celcom) melancarkan pelan konvergen terbaharu yang menawarkan kesinambungan percuma dan perkhidmatan mudah alih terbaik untuk keluarga Malaysia pada harga istimewa iaitu dengan hanya RM245 sebulan.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, Celcom kekal fokus untuk menyediakan akses serta penyelesaian digital yang mampu milik bagi kesinambungan rumah bersepadu yang boleh dipercayai kepada seluruh rakyat Malaysia dengan liputan terluas bebas dari sebarang kerumitan.

“Celcom terus memainkan peranan sebagai pemboleh digital dengan menawarkan keluarga Malaysia kesinambunagn fiber percuma dan dua pelan pascabayar Celcom Mega yang mudah tanpa sebarang kebimbangan.

“Tersedia di semua Celcom bluecube di seluruh negara, pelan konvergen terbaru Celcom dengan harga istimewa iaitu RM245 sebulan dan menawarkan semua keluarga akses kepada kesinambungan internet home fiber tanpa had sehingga 100Mbps.

"Ia juga bersama-sama dengan dua pelan Celcom Mega Unlimited pada harga RM158 setiap satu, memberikan simpanan seumur hidup sebanyak RM191 sebulan,” jelas kenyataan itu pada Khamis.

Loo Fun
Loo Fun

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Pelanggan Celcom Axiata Berhad, Chee Loo Fun berkata, pelan konvergen Celcom yang berpatutan itu menawarkan pelan peranti mudah alih dan Home Fibre dengan mudah dan penjimatan seumur hidup sebanyak RM191 untuk seluruh keluarga.

“Memandangkan negara telah melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan, semakin ramai rakyat Malaysia telah kembali ke kehidupan seharian mereka, jadi kami akan terus komited untuk memastikan pelanggan kami dapat meneruskan gaya hidup digital dengan mudah di kediaman atau di mana sahaja keberadaan mereka,” katanya.

Beliau berkata, Celcom juga menawarkan penjimatan dan tawaran hebat dengan rangkaian terlebar 4G LTE kepada seluruh rakyat Johor dan Pulau Pinang.

“Tawaran ini termasuklah pakej peranti dengan jangka masa pendek iaitu selama 12 bulan dengan penjimatan sehingga RM1,600, termasuk peranti telefon pintar yang terkini seperti Iphone 13, Iphone 13 Pro, Iphone 13 Pro Max, Oppo Reno 7Z, Samsung S22 Ultra 5G dan banyak lagi.

“Selain itu, Roam-like-home di Singapura dengan pelan Celcom Mega iaitu menggunakan pelan kuota data yang sedia ada, sehingga 2GB setiap hari dengan hanya RM10 sebulan (hanya tersedia di Johor).

“Celcom juga menawarkan percubaan selama 30 hari secara percuma untuk mana-mana pelan pascabayar Celcom Mega dan perkhidmatan pembantu khas untuk bertukar kepada Celcom melalui Aplikasi Celcom Life & Whatsapp,” katanya.

Beliau berkata, penawaran eksklusif Celcom untuk komuniti di Johor, Sabah, dan Pulau Pinang juga selari dengan komitmennya yang berterusan dalam memberikan pengalaman digital terbaik, dengan memanfaatkan perkhidmatan Celcom yang konsisten dan boleh dipercayai untuk rakyat Malaysia dengan liputan terluas.

“Pelanggan kami dan keluarga mereka boleh menikmati penjimatan yang hebat dan terus mengekalkan gaya hidup digital yang unik, sama ada untuk kerja, bermain dan pembelajaran mengikut kemampuan dan kemudahan mereka,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!