Video raya: Tiga jam Vida di SKMM
CYBERJAYA - Usahawan terkenal, Datuk Seri Vida meluangkan masa hampir tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini untuk merakamkan percakapan dan memberi keterangan.
Ia bagi membantu siasatan berhubung video muzik raya yang menimbulkan kontroversi dan dianggap tidak sesuai dengan sambutan Aidilfitri.
Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman memakai jubah hitam tiba di pekarangan ibu pejabat SKMM, jam 3.30 petang pada Khamis.
Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik warga maya selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati maksud sebenar hari raya apabila ia didakwa menampilkan unsur drag queen.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!