Timbalan PM New Zealand lawat Malaysia

Winston Peters
Winston Peters
A
A
A

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Luar New Zealand, Winston Peters akan melakukan lawatan kerja dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Menurut Wisma Putra dalam satu kenyataan hari ini, Peters dijadual bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan anggota Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

"Lawatan ini menyediakan peluang bagi kedua-dua negera meneroka cara untuk mengukuhkan kerjasama dua hala sedia ada dalam pelbagai bidang seperti perdagangan, pelaburan, pendidikan, pelancongan, pertahanan dan hubungan antara rakyat,” menurut kenyataan itu.

Berikutan serangan pengganas di dua masjid di Christchurch pada 15 Mac, kedua-dua pihak juga dijangka membincangkan cara utuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam memerangi keganasan.

Seorang remaja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi rakyat Malaysia cedera dalam serangan di New Zealand itu yang mengakibatkan 50 orang terbunuh dan 42 orang cedera. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!