Laungan reformasi, bossku bergema di MATIC

Tetamu jemputan terdiri daripada tokoh-tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa dan orang awam mula memenuhi auditorium MATIC.
Tetamu jemputan terdiri daripada tokoh-tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa dan orang awam mula memenuhi auditorium MATIC.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Auditorium Dewan Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) bergema dengan laungan 'reformasi' dan 'bossku' tatkala ketibaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena Debat Perdana pada Khamis.

Penyokong Anwar melaungkan 'reformasi' manakala penyokong Najib melaungkan 'bossku'.

Debat Perdana antara Najib Anwar Ibrahim berlangsung pada jam 9 malam Khamis.

Seramai 400 tetamu jemputan terdiri daripada tokoh-tokoh politik, ahli korporat, pakar ekonomi, ahli akademik, mahasiswa dan orang awam mula memenuhi auditorium sejak jam 7 malam tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!