[VIDEO] 'Sapura diselamatkan atau tidak seharusnya tidak dibangkitkan'
Menurutnya, apa yang perlu adalah satu kajian perlu dilakukan terlebih dahulu mengenai perkara terbabit.
“Kaji dahulu apa masalahnya. Forensik audit sekarang dan pertanggungjawabkan siapa yang bersalah.
“Kerana ini bukan satu. Banyak lagi syarikat-syarikat akan muncul,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Debat ini mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.
Mengulas lanjut, Anwar turut menjelaskan sekiranya sesebuah syarikat itu menghadapi masalah, individu atau pihak yang terlibat seharusnya mengambil tanggungjawab.
“Kenakan tanggungjawab kepada siapa yang terlibat. Jangan selamatkan.
“Kita diajar melalui kes Serba Dinamik Holdings Bhd dan beberapa kes yang lain jangan lepaskan orang yang melakukan jenayah menjahanamkan syarikat-syarikat termasuk syarikat bumiputera.
“Kalau kita main selamat begini, kerajaan tak ada satu sen pun,” tegasnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!