[VIDEO] 'Kembangkan kek, jangan jual aset'

Najib semasa program Debat Perdana yang disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Najib semasa program Debat Perdana yang disiarkan langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Keutamaan negara kini haruslah meningkatkan ekonomi dengan menambah pelaburan negara dan kemudiannya diagihkan kepada rakyat.

Menggunakan analogi kek, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan harus membesarkan kek, sebelum kek itu dihiris kepada rakyat.

"Bagi mengembangkan kek kita, jangan jual aset.

Kalau jual, seolah-olah ketuhar pun kita jual.

"Dahulu, kita mempunyai hasil besar daripada GST (cukai barang dan perkhidmatan).

Kalau hari ini ada GST, kita ada hasil tambahan RM30 bilion untuk beri subsidi kepada nelayan, pekebun kecil," katanya.

Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang julung kali menampilkannya bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC), di sini pada Khamis.

Debat ini mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Sin Chew Daily dan Malaysia Gazette.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!