PH lebih berjaya atasi masalah kos sara hidup: Anwar
KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini jauh lebih berjaya mengatasi masalah kos sara hidup berbanding kerajaan selepas itu.
Katanya, kos sara hidup yang meningkat sekarang seolah-olah gagal ditangani kerajaan.
"Apa pun yang disebut tentang kelemahan PH, PH jauh lebih berjaya dalam mengatasi masalah kos sara hidup di negara ini (sebelum ini).
"Kadang-kadang berita yang baik itu tidak enak didengar tetapi harus dihadam dan dilihat (perbezaan ketara) harga ayam pada 2019 dengan harga ayam sekarang," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Debat Perdana yang turut menampilkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan disiarkan secara langsung dari Pusat Pelancongan Malaysia (MATIC) pada Khamis.
Debat itu mendapat kerjasama empat media iaitu Sinar Harian, Astro Awani, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!