Piala Thomas: Sze Fei-Nur Izzuddin tumpas kepada pasangan India
BEREGU lelaki negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akur tumpas kepada pasangan India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty pada aksi suku akhir Piala Thomas sebentar tadi.
Pasangan di kedudukan ranking ke-13 dunia itu tumpas kepada pasangan India secata straight set 19-21, 15-21 dalam tempoh masa 41 minit.
Kekalahan itu membolehkan India meraih mata yang pertama dalam perlawanan berkenaan sekaligus mengikat Malaysia dengan kedudukan 1-1 pada saat ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!