[VIDEO] Budaya kerja toksik tidak sepatutnya berlaku: Khairy
PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menegaskan, budaya kerja toksik tidak sepatutnya berlaku di hospital kerajaan.
Menurutnya, persekitaran pekerjaan pada masa ini tidak lagi sama dengan tahun-tahun sebelumnya.
"Saya tidak mahu budaya kerja yang toksik di hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat.
Menurutnya, persekitaran pekerjaan mesti ada hormat-menghormati, sokongan dan pemerkasaan bukannya kata-kata kesat dan memalukan.
Dalam pada itu, Khairy turut memuat naik beberapa keping gambar pertemuannya dengan doktor pelatih di Hospital Selayang awal pagi Jumaat.
"Mendengar pengalaman doktor pelatih pagi ini sebelum memulakan ‘rounds’ mereka pada jam 6 pagi di Hospital Selayang," katanya.
Beliau berkata, banyak perkara yang diluahkan doktor pelatih kepadanya.
"Ada jabatan yang mempunyai persekitaran pekerjaan yang bagus. Ada pula yang boleh diperbaiki," ujarnya.
Sementara itu, Khairy berkata, beliau akan mengumumkan anggota pasukan petugas bebas bagi menyiasat dan membuat syor berhubung budaya kerja warga KKM.
"Pasukan ini diberi masa selama dua bulan," jelasnya.
@sinarharianonline Budaya kerja toksik sudah tidak relevan pada masa ini #fyp#TrendingNewsMalaysia#BuletinTikTok#BuliDoktorPelatih#Doktor#KKM#KJ original sound - Sinar Harian
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!