11 maut, 32 diselamatkan insiden bot karam dekat pantai Puerto Rico
WASHINGTON - Sebelas orang maut dan 31 lagi diselamatkan dalam insiden bot karam di luar pantai Puerto Rico pada Khamis, menurut Pengawal Pantai AS.
Menurut ciapan pegawai pantai di Tweeter, setakat petang Khamis kru yang bertindak pantas berjaya menyelamatkan 31 mangsa membabitkan 11 wanita dan 20 lelaki, manakala 11 mangsa yang maut sudah ditemui, lapor Xinhua.
Kapal yang karam kira-kira 12 batu (19 km) di utara Pulau Desecheo Puerto Rico itu, dipercayai terlibat membawa 'pendatang haram', kata agensi itu, sambil menambah kebanyakan penumpang di dalam bot itu dilaporkan dari Haiti.
Pengawal Pantai menerima laporan kira-kira tengah hari mengenai "sebuah kapal yang karam dengan orang di dalam air yang kelihatan tidak memakai jaket keselamatan".
Pengawal Pantai dan agensi rakan kongsinya segera bertindak meskipun tidak jelas akan jumlah mangsa berada di atas bot itu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!