Polis buru dua lelaki samun kedai emas
AMPANG - Polis memburu dua lelaki dipercayai menyamun sebuah kedai emas di Dataran Palma Ampang Point di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 1.41 petang.
"Dua lelaki yang memakai topi keledar serta jaket dan tidak bersenjata itu meluru masuk ke dalam premis dan terus melompat ke dalam dan menuju ke arah kaunter.
"Suspek kemudian bertindak mengambil barang kemas yang di pamerkan di belakang dinding," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Mohamad Farouk berkata, semasa kejadian kesemua pekerja selamat dan mereka berlindung di sebalik stor di dalam kedai emas berkenaan.
"Anggaran kerugian belum dapat dipastikan lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!