Tiga anggota APM cedera disengat obor-obor

Antara obor-obor yang ditangkap selepas kes tiga anggota APM cedera disengat haiwan itu ketika menjalani latihan harian di Pantai Batu Hitam di sini pada Jumaat.
Antara obor-obor yang ditangkap selepas kes tiga anggota APM cedera disengat haiwan itu ketika menjalani latihan harian di Pantai Batu Hitam di sini pada Jumaat.
A
A
A

KUANTAN - Tiga anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) cedera terkena sengatan obor-obor ketika menjalani latihan harian di Pantai Batu Hitam di sini pada Jumaat.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuantan, Kapten Pertahanan Awam (PA), Zubaidah Said berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.30 pagi itu anggota penyelamat pantai berusia 32 hingga 34 tahun yang bertugas di menara pantai berkenaan hanya mengalami cedera ringan dan tidak perlu menjalani rawatan di hospital.

Menurutnya, setakat ini jenis obor-obor terbabit belum dikenal pasti.

"Susulan kejadian, pihak APM menangkap 10 ekor haiwan itu setakat ini.

"Anggota APM juga akan menangkap haiwan terbabit sekiranya terjumpa semasa melakukan rondaan harian," katanya.

Zubaidah berkata, orang ramai dinasihatkan agar tidak melakukan aktiviti di gigi air di pantai berkenaan atas faktor keselamatan ekoran kehadiran obor-obor di kawasan tersebut.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan Pahang, Abdullah Jaafar berkata, siasatan akan dilakukan berhubung kehadiran obor-obor di pantai itu seperti mana yang didakwa.

"Setakat ini saya tidak dapat membuat sebarang pengesahan tanpa sampel bagi mengenal pasti spesiesnya sama ada jenis berbahaya atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan supaya menjauhi dan elak menyentuh obor-obor yang ditemui," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!