'Tiada niat nak buat program LGBT di Melaka'

Poster program tersebut tersebar di laman sosial dan mendapat kecaman netizen.
Poster program tersebut tersebar di laman sosial dan mendapat kecaman netizen.
A
A
A

MELAKA TENGAH - "Kami memohon maaf secara terbuka kepada kerajaan negeri dan tak sepatutnya menggunakan nama negeri ini tanpa mendapat kebenaran," kata wakil penganjur Malam Muafakat Melaka, Zahid Salim.

Zahid berkata, majlis yang dirancang pada April depan yang dinamakan 'Malam Muafakat' bukanlah majlis makan malam bagi golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) seperti yang ditularkan di media sosial baru-baru ini.

Menurutnya, ia adalah acara tahunan yang diadakan khusus untuk pengusaha butik pengantin, perancang perkahwinan, jurusolek, jurugambar, model dan semua yang berkaitan dalam bidang perkahwinan di negeri ini.

"Tujuan utama kita anjurkan untuk mengeratkan hubungan silaturahim di antara satu sama lain yang berkaitan dalam bidang perkahwinan dan persolekan sahaja.

"Sebenarnya tiada niat kami untuk mengadakan aktiviti tidak bermoral di bumi Melaka yang tercinta ini," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, hari ini.

Jelasnya, majlis itu juga dianjurkan mereka sendiri tanpa membabitkan kerajaan negeri mahupun agensi dan jabatan kerajaan.

"Kami mengakui tersilap menggunakan pengacara lelaki yang berpakaian wanita dan mengambil gambar pengacara tersebut sebagai poster iklan majlis berkenaan sehinggakan ia disalah erti dan menjejaskan nama baik Melaka.

"Jujur kami mahu memperbetulkan kesilapan ini dan berharap semua pihak dapat memaafkan kami atas kesilapan ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Semalam,Ketua Menteri, Adly Zahari berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan akan mengenakan tindakan tegas sekiranya penganjur program berkenaan didapati melanggar peraturan dan undang-undang yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN Melaka siasat anjur program LGBT

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!