Mayat ditemukan dalam parit

Mayat Mohd Sukarno ditemui ditertiarap dalam parit tali air dekat Kampung Padang Luas Dalam.
Mayat Mohd Sukarno ditemui ditertiarap dalam parit tali air dekat Kampung Padang Luas Dalam.
A
A
A

JERTIH - Seorang lelaki ditemui mati dalam parit dipercayai diserang sawan ketika menunggang motosikal dekat Kampung Padang Luas Dalam, di sini tengah hari tadi.

Mangsa Mohd Sukarno Abd Rahman, 36, dari Kampung Air Terjun ditemui tertiarap di dalam parit bersama motosikal jenis Honda EX5 oleh keluarganya kira-kira jam 12 tengah hari.

Bapa mangsa, Abd Rahman Hussin, 62, berkata, dia bersama isteri mencari anaknya selepas anak sulung mereka itu tidak ada di majlis kenduri rumah kenalannya di Kampung Padang Luas selepas mangsa keluar rumah jam 8.30 pagi tadi.

Menurutnya, Mohd Sukarno sepatutnya bertugas menyediakan air di majlis tersebut tetapi dia tidak ada menyebabkan tuan rumah menghubunginya bertanyakan tentang Mohd Sukarno kira-kira jam 10.30 pagi.

“Saya mula tak sedap hati. Dia keluar rumah pagi-pagi lagi untuk ke tempat kenduri itu.

"Lagipun tempat tu tak jauh pun, hanya beberapa kilometer saja dari rumah," katanya.

Abd Rahman dan isteri mula mencari anaknya di sepanjang tepi jalan dan syak sesuatu berlaku pada anaknya memandangkan sebelum ini beberapa kali mangsa terjatuh kerana diserang sawan.

Pasangan suami isteri ini menemui mayat anaknya dalam parit sebelah kanan jalan dari arah Kampung Air Terjun ke Padang Luas.

Artikel Berkaitan:

Abd Rahman kemudian memaklumkan kejadian itu kepada polis sebelum mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!