Dua lelaki mabuk ditahan

Ujian saringan dilakukan ke atas pengguna menggunakan alat SDII dalam Ops Mabuk di Langkawi pada Sabtu.
Ujian saringan dilakukan ke atas pengguna menggunakan alat SDII dalam Ops Mabuk di Langkawi pada Sabtu.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua lelaki ditahan selepas didapati memandu kereta dan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dalam Ops Mabuk di Langkawi dekat sini pada Sabtu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kedah, Superintendan Mohd Mahiri Hussain berkata, mereka berusia 24 dan 34 tahun ditahan di Jalan Kedawang/Jalan Pantai Tengah.

Beliau berkata, lelaki pertama yang menunggang sebuah motosikal dalam keadaan mencurigakan ditahan anggota polis pada jam 12.01 tengah malam.

“Lelaki kedua berusia 24 tahun yang bekerja dalam bidang hartanah kemudiannya turut ditahan kerana memandu kereta dalam keadaan mencurigakan.

“Ujian dijalankan menggunakan alat Screening Device (SDII) ke atas dua lelaki dan mereka dibawa ke Balai Polis Bahagian Trafik Langkawi untuk pemeriksaan lanjut,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mereka ditahan dalam operasi selama lima jam bermula jam 10 malam Jumaat oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Langkawi.

"Kedua-dua disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!