Dua wanita daki Gunung Suku hilang
IPOH - Dua wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika mendaki di kawasan Gunung Suku dekat Simpang Pulai di sini pada Ahad.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, pihaknya menerima panggilan mengenainya kehilangan mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada jam 6.55 pagi.
Menurutnya, maklumat diterima terdapat dua individu daripada sekumpulan 29 pendaki dipercayai hilang ketika melakukan aktiviti 'trekking' di gunung tersebut.
"Operasi menjejak lokasi mangsa sedang dilakukan oleh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Simpang Pulai.
"Perjalanan mengambil masa selama dua hingga tiga jam untuk sampai ke lokasi mangsa dipercayai berada," katanya.
Jelasnya, 27 individu lain telah berjaya sampai di kaki bukit dan disahkan berada dalam keadaan selamat.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!