Tiga beradik sanding serentak

Intan Sofienaz (tiga dari kanan) dengan pasangan Mohd Firdaus (tiga dari kiri) diijabkabul pada 11 Mac 2021, manakala dua adik kembarnya Muhammad Nabiel (dua dari kiri) dengan pasangannya Anis Shahira Azmi,(kiri) pada 22 Februari 2021 dan Muhammad Najib (dua dari kanan) dengan pasangannya Ismawita Isrul (kanan) pada 8 November 2021.
Intan Sofienaz (tiga dari kanan) dengan pasangan Mohd Firdaus (tiga dari kiri) diijabkabul pada 11 Mac 2021, manakala dua adik kembarnya Muhammad Nabiel (dua dari kiri) dengan pasangannya Anis Shahira Azmi,(kiri) pada 22 Februari 2021 dan Muhammad Najib (dua dari kanan) dengan pasangannya Ismawita Isrul (kanan) pada 8 November 2021.
A
A
A

SEREMBAN - Tiga pasangan pengantin bersanding serentak dalam keadaan hamil selepas majlis yang sepatutnya diadakan tahun lalu tergangguh berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bapa pengantin, Ahmad Fuad Yahya, 60, berkata, anak sulungnya Intan Sofienaz, 32, bernikah dengan pasangan Mohd Firdaus Mazlan, 40, pada 11 Mac tahun lalu manakala dua anak kembarnya, Muhammad Nabiel, 28, dan pasangan Shahira Azmi, 32, pada 22 Februari tahun lalu dan Muhammad Najieb, 28, dan pasangan Ismawita Isrul, 28, pula pada 8 November tahun lalu.

"Disebabkan ketika itu masih PKP, majlis akad nikah hanya diadakan di masjid dan di Pejabat Agama Islam Segamat saja dengan kehadiran tetamu yang terhad.

"Alhamdulillah isteri Najieb kini mengandung tujuh bulan, isteri NabiI lima bulan dan Intan Sofienaz pula dua bulan. Bagi saya ia rezeki kami sekeluarga," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Beliau yang merupakan bekas Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Am Pertubuhan Agensi Berita Nasional(Bernama) berkata, majlis persandingan itu diadakan serentak kerana isteri mahu menjadikannya sebagai kenangan keluarga.

Dia mahu mengadakan majlis lebih awal selepas prosedur operasi standard (SOP) PKP dilonggarkan, tetapi terpaksa ditangguhkan buat kali kedua selepas kesemua pasangan diuji dengan Covid-19.

"Alhamdulillah majlis hari ini berjalan lancar dengan kehadiran kira-kira tetamu.

"Walaupun SOP telah dilonggarkan, tapi kami masih memberi perhatian berkaitan keselamatan Covid-19, misalnya pemakaian sarung tangan ketika mengambil makanan dan memakai pelitup muka," katanya.

Sementara itu ibu pengantin, Cik Rashidah Abd Ghani, 60, berkata, majlis berkenaan diadakan sebagai tanda kesyukuran.

Ujarnya, majlis diadakan juga umpama tiga dalam satu kerana selain mengadakan persandingan tiga beradik serentak, ia juga bagi menyambut Aidilfitri dan berpeluang berjumpa saudara serta kenalan selepas dua tahun tidak menyambut lebaran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!