Ervin tamatkan kemarau pingat emas

Ervin Chang meraih pingat emas buat kontinjen negara menerusi acara golf individu (lelaki) Sukan SEA Hanoi 2021, di Heron Lake Golf Course and Resort, pada Ahad. - Foto Getty Images
Ervin Chang meraih pingat emas buat kontinjen negara menerusi acara golf individu (lelaki) Sukan SEA Hanoi 2021, di Heron Lake Golf Course and Resort, pada Ahad. - Foto Getty Images
A
A
A

[DIKEMAS KINI] PEMAIN golf negara, Ervin Chang meraih pingat emas buat kontinjen negara menerusi acara golf individu (lelaki) Sukan SEA Hanoi 2021, di Heron Lake Golf Course and Resort, pada Ahad.

Ervin mencatat Birdie pada ‘play-off’ ketiga selepas terikat tujuh di bawah par bagi mengesahkannya untuk meraih emas bagi acara berkenaan.

Kejayaan Ervin itu sekali gus menamatkan penantian kontinjen negara selama 20 tahun untuk meraih kemenangan bagi sukan golf di pentas Sukan SEA.

Untuk rekod, Ervin melakukan penampilan pertama pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Untuk rekod, penampilan di Hanoi merupan penamilan kedua Ervin setelah Sukan SEA 2017 lalu di Kuala Lumpur.

Sementara itu bagi acara individu wanita, debut Jeneath Wong dalam acara golf di Sukan SEA pasti akan terus diingatinya apabila berjaya meraih gangsa pada Ahad.

Jeneath secara keseluruhannya mencatatkan -5 di bawah par untuk tiga hari pertandingan bagi mengesahkanna untukl meraih gangsa.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!